Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia. Keunikan hutan lipur ini ialah kedudukannya yang strategik ditengah-tengah Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh Hutan Batu (bangunan) yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai ‘GREEN LUNG’ di Kuala Lumpur, Taman Hutan dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan.

Info Pelawat :

Aktiviti Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar. Terdapat 3 denai interpretasi (Denai Arboretum, Denai Penarahan dan Denai Merbau-Jelutong). Selain daripada itu terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, pondok dan bangku rehat, kawasan perkhemahan serta berjogging. Satu Pusat Maklumat yang lengkap dengan bahan pameran dan infokiosk mengenai perhutanan disediakan.

Waktu Lawatan Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti am.

Bayaran Masuk Percuma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pejabat Hutan Wilayah Persekutuan Lot 240, Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 03-20706342