Hebahan Dan Perkongsian Laman Web Khas #Belanjawan2020 : Kongsikan Cadangan Anda

belanjawan2020.jpg

HEBAHAN DAN PERKONGSIAN LAMAN WEB KHAS #BELANJAWAN2020 : KONGSIKAN CADANGAN ANDA

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang memperhebatkan lagi perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mendapatkan input dalam menyediakan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Parlimen 11 Oktober 2019.

 

Semua rakyat Malaysia dijemput menyertai proses penyediaan belanjawan dengan menyumbangkan idea ke Laman Web Cadangan Belanjawan 2020. Laman Web ini akan mula beroperasi mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019. Selain itu, idea juga boleh dikongsi melalui media sosial iaitu di Facebook, Instagram dan Twitter dengan menggunakan tanda pagar #belanjawan2020.

 

Sehubungan itu, dipohon kerjasama warga Kementerian Air,Tanah dan Sumber Asli serta Jabatan/Agensi untuk melayari laman web seperti dibawah;

http://belanjawan2020.treasury.gov.my

​Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, boleh juga menghubungi Puan Zakiah Hanum Binti Mohamed Kassim, Ketua Komunikasi Korporat di talian 017-6845078 atau melalui e-mel zakiah.kassim@treasury.gov.my


Attachments