MAKLUMAT BERKAITAN KEMPEN “SELAMATKAN HARIMAU MALAYA" 

      • ​​Malaysia adalah salah satu Negara yang diiktiraf antarabangsa sebagai Negara mega kepelbagaian biologi (biodiversity) dunia​​ berdasarkan kepada bilangan spesies kehidupan yang ada di Malaysia.
      • Kepelbagaian biologi yang tinggi di Negara berkaitan adalah kerana habitat semulajadi yang dilindungi, aktiviti pemuliharaan yang sistematik dan kajian saintifik tentang flora dan fauna
      • Malaysia sentiasa berusaha mengimbangi antara kemajuan sosioekonomi dan kehidupan alam sekitar terutamanya pemuliharaan kepelbagaian bio dan khidmat ekosistem
      • Ancaman sumber biodiversiti Negara – Pembukaan kawasan hutan, pencemaran, pemburuan haram, pencerobohan kawasan perlindungan, perubahan iklim, invasive alien species
      • Panthera tigris jacksoni – spesies harimau belang yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.
      • Anggaran populasi kurang dari 200 di habitat utama harimau belang di Semenanjung Malaysia
      • Harimau diperlindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] sebagai spesies yang diperlindungi sepenuhnya 

 

KENAPA PERLUNYA KEMPEN “SELAMATKAN HARIMAU MALAYA INI"?

      • Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia melaksanakan pembangunan mampan dengan pengurusan biodiversity yang lestari.
      • Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif dalam melindungi Harimau Malaya yang juga terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman​
      • Kempen ini bagi menggalak lebih ramai pihak terlibat dan bekerjasama dengan kerajaan memulihara dan membantu tingkatkan populasi Harimau Malaya
      • Harimau belang merupakan simbol rasmi Negara (Jata Negara)

​​