Soalan 1​

Apakah latar belakang penubuhan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli ?

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) ditubuhkan pada tahun 2018. Bidang tanggungjawab KATS adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian iaitu:
   
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara : Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, 
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) , Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) : Kementerian Perusahaan Utama 
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) : Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  
  • Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Penyelidikan Kebangsaan  Malaysia : Kementerian Pertanian


 
Soalan 2

 
Apakah bidang tanggungjawab KATS? 

KATS bertanggungjawab terhadap 
  • Pengurusan Sumber Asli 
  • Pengurusan Hutan 
  • Pengurusan Pengairan dan Saliran
  • Pengurusan Hidupan liar 
  • Pengurusan Mineral 
  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar 
  • Konservasi Alam Sekitar 
  • Pengurusan Taman Laut
Soalan 3

Apakah Visi KATS?

Peneraju pengurusan air, tanah dan sumber asli secara mampan untuk kesejahteraan negara.

Soalan 4

Apakah Misi KATS?

Menerajui pengurusan air, tanah dan sumber asli secara bersepadu dengan penggunaan sumber yang cekap dan optimum berteraskan dasar, undang-undang dan komitmen antarabangsa.             

Soalan 5

 
Apakah Objektif Kementerian?
  • Menyediakan perkhidmatan yang efisien dalam pengurusan air, tanah dan sumber asli melalui: 
    • mekanisme tindakan bersepadu merangkumi penggubalan dasar, perundangan dan pengukuhan kolaborasi strategik melibatkan semua pihak berkepentingan di semua peringkat;
    • penguatkuasaan undang-undang, intervensi dan komitmen antarabangsa;
    • penjanaan ekonomi melalui aktiviti pengurusan air, tanah dan sumber asli yang mampan;
    • pengukuhan inisiatif pemuliharaan pelbagai sektor;
    • pembangunan modal insan yang optimum dan pengurusan kewangan yang cekap; dan
    • pemerkasaan kepakaran, perkongsian maklumat, teknologi dan perkhidmatan perundingan dalam Research, Development, Innovation and Commercialization
Soalan 6

 
Berapakah Jabatan/ Agensi yang berada di bawah KATS?

Terdapat 13 Jabatan/Agensi di bawah KATS iaitu :
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
  • Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
  • Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
  • Jabatan Perlindungan Hudupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
  • Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
  • Jabatan Biokeselamatan (JBK)
  • Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
  • Jabatan Bekalan Air
Soalan 7

 
Apakah peranan penting dalam Jabatan/ Agensi di bawah KATS?
 
Jabatan Perhutanan Semenanjung  Malaysia 
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.
 
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
JPS bertanggungjawab dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir serta saliran bandar.
 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
JKPTG bertanggungjawab dalam pengurusan dan perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan, penyelesaian tanah dan penguatkuasaan. 
 
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
JUPEM bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pengukuran dan menyediakan maklumat-maklumat mengenai pengukuran kadaster(Hak milik) dan pemetaan serta aktiviti penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa bagi memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

 
Soalan 8

 
Bagaimanakah cara untuk menghubungi KATS berserta Agensi sekiranya kami ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan. 
 
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Talian : 03-8886 1111 
Kaunter Khidmat Pelanggan : 03-8886 1001 
Laman web : www.kats.gov.my 
Emel : aduannre[at]kats[dot]gov[dot]my
 
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia  
Talian : 03-26164488 
Laman web : www.forestry.gov.my 
Emel    : webmaster[at]forestry[dot]gov[dot]my
Hotline  : 1-800-88-5776
 
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Talian : 03-2697 2828 
Laman web : www.water.gov.my 
Emel :pro[at]water[dot]gov[dot]my, web[at]water[dot]gov[dot]my
JPS careline    : 1-300-80-1010
 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian  
Talian : 03-88712600 
Laman web     : www.kptg.gov.my 
Emel    : webmaster[at]kptg[dot]gov[dot]my
 
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Talian : 03-26170800 
Laman web     : www.jupem.gov.my 
Emel    : webmaster[at]jupem[dot]gov[dot]my
 
Insitut Tanah dan Ukur Negara 
Talian : 05 454 2825 
Laman web     : www.instun.gov.my 
Emel    : webadmin[at]instun[dot]gov[dot]my
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 
Talian : 03-62797000 
Laman web     : www.frim.gov.my 
Emel    : webmaster[at]frim[dot]gov[dot]my
 
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 
Talian : 03-21611033 
Laman web     : www.jmg.gov.my 
Emel    : jmgkll[at]jmg[dot]gov[dot]my
 
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 
Talian : 03-90866800 
Laman web     : www.wildlife.gov.my 
Emel    : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
 
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia 
Talian : 03-89476400 
Laman web     : www.nahrim.gov.my 
Emel    : iphk[at]nahrim[dot]gov[dot]my
 
Jabatan Taman Laut Malaysia 
Talian : 03-8886 1111 
Laman web     : www.dmpm.nre.gov.my 
Emel    : tamanlaut[at]nre[dot]gov[dot]my