Lawatan Kelab Perhubungan Awam NRE ke Kumpulan Utusan Berhad
03 August 2010


Kuala Lumpur, 3 Ogos - Sebagai inisiatif untuk mengukuhkan hubungan dan dan memperluaskan kerjasama antara Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia Berhad). Seramai 15 pegawai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) beserta agensinya turut serta mengikuti lawatan mesra ini.

 

Selain itu, lawatan kerja ini juga bertujuan menjalinkan hubungan professional antara kedua-dua pihak serta membantu meningkatkan lagi imej positif NRE, Jabatan dan Agensi. Lawatan merupakan antara aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Kelab Perhubungan Awam NRE dan diketuai Pegawai Perhubungan Awam NRE, Dr. Amerjit Singh A/L S.Bhag Singh.

 

Kehadiran wakil NRE ke Utusan ini turut diraikan oleh Pengarang Berita Kanan, Zulkiflee Hamzah; Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abdul Hamid; Pengarang Berita, Marhaini Kamarruddin dan Penolong Pengarang Kosmo, Mohd Nor Ab. Samad. Antara perbincangan dalam lawatan tersebut ialah keperluan maklumbalas berhubung isu perubahan iklim dan alam sekitar, bidang dan tugas Jabatan Biokeselamatan, Kempen 1Negeri 1Sungai, isu pendaftaran hakmilik tanah dalam tempoh sehari serta promosi dalam bentuk rencana untuk mempromosikan Paya Indah Wetlands.

 
Attachments