Perhimpunan Bulanan KATS November 2018

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Xavier Jayakumar berkata kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diperkukuhkan agar pengurusan air, tanah dan sumber asli dapat diselaraskan di semua peringkat.
Hal ini kerana, terdapat beberapa perkara berkaitan pengurusan air, tanah dan sumber asli terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri.
Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan dengan melakukan pemantauan serta tindakan Follow-Up dan Follow Through agar ketetapan perbincangan antara kedua dua pihak dapat dilaksanakan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan KATS di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli.
Hadir sama Timbalan Menteri, YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji, Ketua Setiausaha Dato’ Dr. Tan Yew Chong dan warga kerja KATS.

 
 



Attachments