Malaysian Book Of Record (MBoR) mengiktiraf Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
Malaysian Book Of Record (MBoR) mengiktiraf Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), National Hydraulic Research Institute of Malaysia (NAHRIM) sebagai SPAH yang terbesar di Malaysia bagi kategori makmal.

Pensijilan (MBoR) bagi Sistem Penuaian Air Hujan telah dirasmikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dr. Dr Xavier Jayakumar. 
Hadir sama Ketua Setiausaha KATS Dato’ Dr. Tan Yew Chong.

Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dicipta dan dibangunkan bagi mengetengahkan konsep penggunaan air hujan dari sumber tadahan sekitar MHI dan air hujan yang sama diguna semula untuk kegunaan berulang dan secara optimum.

Melalui pemasangan SPAH, NAHRIM telah berjaya melaksanakan penjimatan kos penggunaan air berjumlah RM18,352.02 bagi tempoh Mac hingga September 2018 bagi penggunaan sebanyak 11,382 meter padu air untuk tujuan pemodelan fizikal.

 
 




Attachments