Menteri Pengerusi Mesyuarat MTPK KATS
24 January 2020

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Pertama pada 24 Januari 2020. Manakala Ketua Setiausaha Kementerian pula  dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

 

MTPK bermatlamat mendokong dan merealisasikan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) ke arah pertumbuhan yang lebih saksama untuk negara, memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetatif, berintegriti dan bermaruah.​​

 

Attachments