BANTUAN TAMBAHAN RM942 JUTA KEPADA PENGGUNA ELEKTRIK DOMESTIK SEMENANJUNG
24 June 2020

Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah  mengumumkan bantuan tambahan kepada pengguna elektrik domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta.

Dalam sebuah sidang media khas yang diadakan pagi tadi, YB Menteri KeTSA menyatakan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini akan memanfaatkan lebih 7.5 juta pengguna.

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan tersebut bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara intipati sidang media khas tersebut:

  1. Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna dengan bil elektrik sebulan dibawah RM77 atau penggunaan bawah 300kWj akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan (April, Mei dan Jun).
  2. Bantuan akan dikreditkan kepada pengguna dalam kategori di atas pada bil bulan Julai.
  3. Pengguna domestik dengan bil melebihi 300kWj dalam tempoh yang sama akan menerima potongan bil sebanyak RM231 (RM77 sebulan)dan bayaran tersebut akan dikreditkan pada bil bulan Julai.
  4. Tenaga Nasional Berhad tidak akan membuat pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020.

 

 

 

Attachments